Erdogan beri amaran gelombang baharu pelarian Syria

Puluhan ribu pelarian Syria melarikan diri dari wilayah Idlib ke sempadan Ankara pada akhir minggu lalu.
Puluhan ribu pelarian Syria melarikan diri dari wilayah Idlib ke sempadan Ankara pada akhir minggu lalu.
A
A
A

ANKARA - Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan semalam memberi amaran kepada Eropah bahawa Ankara tidak dapat menangani sendiri gelombang baharu pelarian Syria yang melarikan diri daripada serangan yang semakin meningkat di wilayah Idlib sejak 16 Disember lalu.

“Turki tidak lagi boleh menerima gelombang baharu pelarian dari Syria,” kata Erdogan merujuk kepada lebih 80,000 orang yang didakwa kini berlindung di kawasan berhampiran sempadan Ankara.

Menurutnya, Turki tidak akan menanggung beban itu secara sendirian jika aliran kemasukan pelarian tersebut meningkat.

“Kesan negatif daripada tekanan ini turut dirasai seluruh negara Eropah terutamanya Greece,” katanya.

Erdogan juga meramalkan Eropah akan sekali lagi berdepan tsunami pelarian sebelum perjanjian migrasi ditandatangani Turki-Kesatuan Eropah pada 2016.

Ketika ini, Ankara telah menjadi tuan rumah kepada kira-kira 3.7 juta pelarian Syria yang merupakan populasi terbesar di dunia.

Dalam perkembangan berkaitan, lebih 25,000 orang awam melarikan diri daripada wilayah Idlib di Syria menuju ke Turki sejak lebih dua hari lalu.

Sejak 1 November lalu, kira-kira 200,000 penduduk di negara bergolak itu telah meninggalkan kediaman mereka selepas peningkatan serangan udara dilancarkan tentera Syria bersama Rusia. - Agensi

Artikel Berkaitan: