Ratu Britain cari pegawai media sosial gaji RM20,000

Paparan Instagram The Royal Family.
Paparan Instagram The Royal Family.
A
A
A

LONDON - Istana Buckingham menawarkan gaji yang cukup tinggi untuk mengendalikan laman sosial rasmi mereka sekali gus bekerja secara dekat dengan Ratu Britain, Ratu Elizabeth.

Memetik laporan Astro Awani, tawaran sebagai Ketua Jabatan Digital itu terbuka kepada sesiapa sahaja yang berkelayakan, dengan tangga gaji antara £45,000 (RM242,625) - £50,000 (RM269,583) setahun, menurut iklan di laman LinkedIn.

Jika terpilih, mereka dipercayai akan diberi gaji sekurang-kurangnya RM20,000 sebulan.

Antara kelayakan yang diperlukan ialah kemahiran paling tinggi dalam komunikasi digital, kreatif serta berpengalaman mengendalikan laman sosial berprofil tinggi untuk mana-mana individu atau organisasi.

Turut dinyatakan adalah faedah yang akan diterima seperti cuti tahunan 33 hari setahun, skim pencen dan makan tengah hari percuma.

Akaun media sosial keluarga diraja Britain itu kini memiliki 7 juta pengikut di Instagram, kira-kira 5 juta pengikut di Facebook dan 4.1 pengikut di Twitter.

Sementara itu, rata-rata netizen teruja setelah mengetahui maklumat tersebut dan mahu mencuba nasib mereka.