'Terima kasih Ken dan keluarga, moga tuhan lindungi mereka'

Paparan Facebook Nur Muhamad tular di laman sosial.
Paparan Facebook Nur Muhamad tular di laman sosial.
A
A
A

GEORGETOWN - "Ini awak ka? Awak punya dompet ka?" Demikian kata-kata seorang lelaki ketika menegur Nur Muhamad Tajudin di sebuah pasar raya di Penang.

Nur Muhamad berkata, lelaki dikenali Ken menegur sambil menunjukkan kad pengenalannya setelah menjumpai dompetnya yang tercicir di dalam tandas.

Sebelum kejadian, difahamkan dia meletakkan dompet di atas jubin sinki untuk mencuci tangan dan keluar ke tandas tanpa menyedari terlupa mahu mengambil dompet tersebut.

"Lepas basuh tangan terus keluar, mula-mula tak sedar lagi lepas jalan 2 3 langkah. ALLAH, baru teringat dompet atas jubin tertinggal. Patut duk rasa tangan tak ada pegang apa...

"Masuk ke tandas semula, cuak habis dompet lesap, sudah dalam tu ada duit sewa rumah RM650, duit belanja lagi, kad-kad bank, lesen, kad pengenalan (IC) bagai... Habislah nak menjawab dengan tuan rumah nanti," katanya memuat naik status itu di Facebook miliknya.

Dalam keadaan cuak, dia keluar dari tandas dan terkejut disapa oleh individu tidak dikenali.

"Saya pun keluar dari tandas, tiba-tiba ada orang panggil "oii" dengan kuat.

"Lelaki itu datang dekat dan tunjukkan IC, bertanyakan IC ini kepunyaan saya ke sambil memegang dompet.

Artikel Berkaitan:

"Bila lihat dompet itu, saya berasa lega dan terus bersalam sambil mengucapkan terima kasih.

"Alhamdulillah jumpa juga dompet pada orang jujur macam Ken," katanya.

Jelasnya, Ken bersama keluarga di lokasi dan ibunya sempat memberi kata-kata nasihat kepadanya agar lebih berhati-hati.

"Apa pun terima kasih banyak-banyak, Ken dan keluarga, moga Tuhan melindungi mereka. Mereka keluarga bangsa Cina dan sangat jujur." ujarnya.