Perlu sekolah rendah satu aliran, sistem

Wacana yang ke 84 yang bertajuk Pendidikan Rendah Apa Yang Masih Kurang? dari kiri Moderator, Mantan Ketua Berita Media Prima Berhad, Nasharudin Tajudin, Profesor Fakulti Pendidikan UM Emeritus Datuk Dr Isahak Haron, Profesor Fakulti Pembangunan Manusia UPSI , Prof Dr Saedah Siraj dan Ketua Penolong Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam (UPA) Zabri Yaacob.- Foto Sinar Harian oleh ASRIL ASWANDI SHUKOR.

A
A
A

SHAH ALAM - Malaysia perlukan sekolah rendah satu aliran atau sistem bagi mengukuhkan asas keharmonian negara pelbagai kaum dan integrasi nasional.

Profesor Fakulti Pendidikan Universiti Malaya, Prof Emeritus Datuk Dr Isahak Harun berkata, ini kerana sistem pendidikan semasa secara berasingan di negara ini menyumbang masalah itu.

Katanya, sistem yang diguna pakai sejak 60 tahun lalu itu menyebabkan negara mempunyai tiga aliran berbeza iaitu sekolah kebangsaan, sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil.

"Baru-baru ini wujud bibit keraguan antara kaum yang tidak begitu mesra. Ini menunjukkan kita tidak begitu baik dalam pendidikan asas.

"Kalau pendidikan asas kukuh antara kaum, yang di atas pun akan kukuh walaupun ada kepelbagaian di peringkat menengah dan universiti," katanya dalam Wacana Sinar Harian ke-84 bertajuk Pendidikan Rendah, Apa yang Masih Kurang? anjuran bersama Majlis Profesor Negara di Dewan Karangkraf di sini, hari ini.

Selain itu, beliau berkata, masalah perancangan dan penyampaian pendidikan yang dipanggil 'big corporate factory system' menyebabkan kepelbagaian potensi murid tidak dapat diasah sepenuhnya.

"Apa dirancang di peringkat pusat, bahagian kurikulum, peperiksaan dan sebagainya digunakan untuk semua sekolah termasuk buku teks.

"Buku teks sama, kaedah mengajar hampir sama, peperiksaan sama, tetapi murid di sekolah itu pelbagai. Ada murid baik dalam bahasa Inggeris, seni dan sebagainya. Jadi kita tak mendidik murid yang pelbagai kebolehan tadi," katanya.

Artikel Berkaitan: