17,000 penjawat awam Selangor terima baki bonus esok

Amirudin
Amirudin
A
A
A

SHAH ALAM - Kira-kira 17,000 penjawat awam di Selangor bakal menikmati pembayaran baki bantuan khas kewangan (BKK) esok.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, pembayaran baki bonus tahun 2019 itu seperti yang diumum dalam pembentangan Belanjawan Selangor 2020, 1 November lalu.

Menurutnya, sebelum ini kerajaan negeri memutuskan untuk mengagihkan pembayaran sehingga tiga bulan bonus kepada penjawat awam di negeri ini.

“Sukacita ingin saya maklumkan bahawa baki bonus tahun 2019 akan disalurkan esok. Bonus sebulan gaji telah disalurkan sebelum Hari Raya Aidilfitri yang lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Penjawat awam Selangor terima bonus tiga bulan gaji

"Baki antara RM500 sehingga dua bulan gaji berdasarkan penilaian KPI (Indeks Prestasi Utama) jabatan dan individu akan disalurkan esok.

“Saya harap bantuan khas kewangan ini menjadi pendorong penjawat awam untuk terus memberi yang terbaik demi Selangor selain meneruskan sikap berintegriti dan amanah dalam menjalankan tugasan seharian,” katanya menerusi kenyataan dimuat naik dalam akaun Facebooknya hari ini.

Amirudin sebelum ini mengumumkan penjawat awam di Selangor bakal menerima bantuan khas kewangan sebanyak tiga bulan gaji bagi tahun ini yang akan dibayar secara berperingkat.

Artikel Berkaitan:

Beliau berkata, pembayaran bantuan khas kewangan bagi satu bulan gaji yang juga dipanggil Insentif Mahabbah Selangor itu akan dibuat selepas Hari Raya Aidilfitri pada 7 Jun ini melibatkan implikasi kewangan sebanyak RM33.84 juta.

Sementara, bantuan khas kewangan dua bulan gaji lagi akan dibayar pada akhir tahun berasaskan mata pencapaian prestasi yang diperolehi oleh ketua-ketua jabatan.