X

Kindly register in order to view this article
!

Maahad Tahfiz Negeri Pahang diperluas di semua daerah

Wan Rosdy (tengah) menyaksikan penganugerahan sijil ISO daripada Mohd Azanudin (kiri) kepada Mahmud (kanan) pada majlis penyampaian sijil IS0 MTNP di Dewan Kediaman Rasmi Menteri Besar Pahang malam tadi.
A
A

KUANTAN - Kerajaan Pahang akan memperluaskan Maahad Tahfiz Negeri Pahang (MTNP) ke seluruh negeri ini bagi menyediakan peluang pembelajaran seimbang dalam bidang keagamaan dan akademik.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, MTNP banyak mencapai kecemerlangan dalam pelbagai sudut dan sebab itu pusat pendidikan ini menjadi tumpuan ibu bapa dan pelajar.

Menurutnya, permintaan dan permohonan pelajar untuk mengikuti pengajian di pusat tahfiz ini bukan setakat dari negeri ini, tetapi dari seluruh negara.

"Jadi, kerajaan Pahang melihat potensi ini dan mahu perluaskan lagi pusat pendidikan... Insya-ALLAH MTNP akan diperluaskan ke semua daerah di Pahang dan daerah Lipis akan menjadi daerah pertama bagi usaha ini," katanya pada Majlis Makan Malam dan Penyerahan Sijil ISO 9001:2015 dan Syariah Based Quality Management System - QMS-i MS 1900:2014 kepada Maahad Tahfiz Negeri Pahang (MTNP) di Dewan Kediaman Rasmi Menteri Besar Pahang malam tadi.

Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang, Datuk Seri Dr Sallehuddin Ishak; Timbalan Pengerusi Lembaga Pengarah MTNP, Datuk Seri Wan Abdul Wahid Wan Hassan; Eksekutif Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (SIRIM), Mohd Azanudin Saleh; Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Pahang, Datuk Mahmud Mohd Nawawi dan Ketua Pegawai Eksekutif MTNP, Datuk Dr Zulkifle Ali Al-Hafiz.

Wan Rosdy berkata, kerajaan Pahang bangga dengan pencapaian cemerlang yang ditunjukkan warga kerja dan pelajar MTNP kerana berjaya memperoleh dua sijil Organisasi Standard Antarabangsa (ISO) dalam satu masa.

Katanya, pencapaian terbabit akan menjadikan MTNP antara institusi tahfiz terawal di negara ini yang mempunyai anjakan sistem penyampaian perkhidmatan lebih tersusun dan mesra pelanggan.

"Saya bangga kerana persijilan ini diberi kepada sebuah institusi tahfiz milik kerajaan Pahang," katanya.

Dalam pada itu beliau menggalakkan mana-mana agensi di Pahang yang sedang berusaha ke arah pensijilan ISO dapat mencontohi dan kerja keras warga MTNP dan boleh menimba pengalaman bersama MTNP.

"Saya berharap akan ada sekurang-kurangnya satu agensi di negeri ini memperoleh pensijilan ISO setiap tahun," katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!