Perhimpunan Pejuang Negara perlu patuhi peraturan

No Image Caption
A
A
A

KUALA LUMPUR - Perhimpunan Pejuang Negara yang bakal berlangsung di Padang Merbok Selasa ini perlu mematuhi peraturan Akta Perhimpunan Aman 2012 (Akta 736) bagi menjamin keselamatan dan ketenteraman awam.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohd Fahmi Visunathan Abdullah berkata, polis dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sudah menerima notis daripada pihak penganjur iaitu Persatuan Pegawai-Pegawai Kanan Polis Bersara Malaysia (Respa) berhubung perhimpunan itu.

Menurutnya, walaupun mereka adalah bekas pegawai kanan polis, namun peraturan perhimpunan ditetapkan mengikut standard seperti perhimpunan lain.

"Peraturan tetap sama, mereka dilarang membawa kanak-kanak bawah 15 tahun, tidak boleh menyentuh sensitiviti agama, kaum atau perkara-perkara yang boleh mendatangkan kemudaratan dan juga elemen hasutan," katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya, penganjur menjangkakan seramai 1,500 menyertai perhimpunan tersebut.

Artikel Berkaitan: