Pencuri dalam masjid ditahan

Lelaki yang ditahan kerana mencuri wang milik seorang jemaah wanita di Masjid Al Qudim Kampung Kuah semalam.
Lelaki yang ditahan kerana mencuri wang milik seorang jemaah wanita di Masjid Al Qudim Kampung Kuah semalam.
A
A
A

LANGKAWI - Seorang lelaki ditahan selepas mencuri wang dalam beg tangan milik seorang jemaah wanita ketika solat Maghrib di Masjid AL-Qadim, Kampung Kuah di Langkawi Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Superintendan Mohd Iqbal Ibrahim berkata, suspek berusia 20 tahun berjaya ditahan pada jam 12 tengah hari kelmarin.

Menurutnya, penahanan itu berjaya dibuat kira-kira 17 jam selepas pihak polis menerima laporan daripada seorang wanita mengatakan wang berjumlah RM31 di dalam beg tangannya hilang selepas menunaikan solat Maghrib.

“Suspek pada mulanya ditahan Polis Bantuan Lembaga Pembangunan Langkawi selepas mendapati pemuda terbabit berada dalam keadaan mencurigakan sebelum menyerahkannya ke Balai Polis Kuah untuk tindakan lanjut," katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini.

Mohd Iqbal berkata, siasatan awal mendapati suspek mengaku melakukan jenayah curi terbabit.

“Polis turut merampas sebuah beg tangan yang ada kaitan dengan kes mencuri yang dilakukan suspek sebelum ini.

"Suspek ini direman selama tiga hari berakhir esok," katanya.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan denda jika sabit kesalahan.

Artikel Berkaitan:

Terdahulu, rakaman kamera litar tertutup (CCTV) berdurasi 1 minit 40 saat berkaitan kejadian curi itu turut tular dalam WhatsApp.