Tentera Perancis tembak mati 33 militan di Mali

Tentera Perancis dihantar ke Mali bagi memerangi militan di negara berkenaan. - Foto: Agensi
Tentera Perancis dihantar ke Mali bagi memerangi militan di negara berkenaan. - Foto: Agensi
A
A
A

ABIDJAN - Seramai 33 militan ditembak mati dalam operasi oleh tentera Perancis di tengah Mali hari ini, kata Presiden Perancis, Emmanuel Macron.

Macron yang kini berada di Ivory Coast dalam lawatan kerja di negara itu berkata, tentera Perancis turut membebaskan dua anggota polis separa tentera Mali yang ditahan kumpulan itu di bandar Mopti.

Seramai 38 anggota tentera Mali terbunuh pada 30 September dalam serangan terancang membabitkan dua pangkalan tentera di tengah Mali. - AFP

Artikel Berkaitan: