ICC rancang siasat jenayah perang di Palestin

Penunjuk perasaan Palestin melarikan diri selepas tentera Israel melemparkan gas pemedih mata di Genting Gaza. - Foto: AFP
Penunjuk perasaan Palestin melarikan diri selepas tentera Israel melemparkan gas pemedih mata di Genting Gaza. - Foto: AFP
A
A
A

THE HAGUE - Pendakwa Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) bakal membuka siasatan penuh terhadap jenayah perang di wilayah Palestin.

Keputusan itu disambut baik rakyat Palestin yang menyifatkannya sebagai langkah yang telah lama tertangguh sejak siasatan awal selama hampir lima tahun dijalankan berhubung perang di Gaza pada tahun 2014.

Keputusan itu bagaimanapun mencetuskan kecaman dari Amerika Syarikat (AS) dan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu berpendapat keputusan The Hague itu adalah alat politik terhadap negara Yahudi.

"Saya berpuas hati kerana terdapat asas yang munasabah untuk meneruskan penyiasatan ke atas keadaan di Palestin.

"Pendek kata, jenayah perang telah dilakukan atau sedang dilakukan di Tebing Barat termasuk di Baitulmaqdis dan Genting Gaza," kata pendakwa, Fatou Bensouda dalam satu kenyataan.

Bensouda bagaimanapun tidak memerlukan sebarang kebenaran daripada hakim untuk membuka siasatan kerana terdapat rujukan daripada rakyat Palestin yang menyertai ICC pada tahun 2015. - AFP

Artikel Berkaitan: