Datuk Bandar KL pun kena saman

Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan
Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan, mendedahkan telah disaman penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) atas kesalahan lalu lintas minggu lalu.

Beliau berkata, ketika kejadian beliau memandu kereta sendiri untuk bertemu saudaranya di sebuah hotel di ibu negara.

“Ketika itu saya mahu cepat dan hujan lebat. Saya letak kereta di garisan kuning. Saya fikir tak mengapalah. Tapi tetap disaman.

“Penguatkuasa memang tak tahu itu kereta saya. Tapi tindakan diambil tidak kira siapa. Saya tetap bayar saman RM30 itu,” katanya ketika temubual khas sempena 100 hari sebagai Datuk Bandar hari ini.

Jelas beliau, kejadian itu mengingatkan beliau dan kakitangan agar jangan sesekali menyalahguna kuasa dalam apa juga keadaan.

“Kerana itu saya sentiasa pesan kepada kakitangan untuk tegur saya jika saya buat silap. Sekarang kita mahu ‘walk the talk’,” katanya.

Nor Hisham dilantik sebagai Datuk Bandar Kuala Lumpur berkuatkuasa pada 1 November tahun lalu menggantikan Tan Sri Mhd Amin Nordin Abd Aziz.

Artikel Berkaitan: