Polis buru tiga suspek kes pecah rumah sekitar Kuala Pilah

Fotofit salah seorang suspek.
Fotofit salah seorang suspek.
A
A
A

KUALA PILAH - Polis sedang memburu tiga suspek yang dipercayai terlibat dalam kegiatan kes pecah rumah di sekitar daerah Kuala Pilah.

Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd Gani berkata, tiga individu berusia 30-an itu merupakan dua lelaki dan seorang wanita sedang dipercayai mengandung.

Menurutnya, suspek menggunakan modus operandi dengan menaiki lori membeli barang lusuh atau terpakai dari rumah penduduk di kawasan kampung.

"Ketika suspek membuat timbangan barang yang ingin dijual mangsa, salah seorang suspek akan mengambil peluang memecah masuk rumah mangsa.

"Suspek juga disyaki terlibat di dalam dua kejadian berasingan di kawasan Johol dan Terachi Kuala Pilah," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, siasatan dibuat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan.

Amran berkata, fotofit salah seorang daripada suspek berjaya dihasilkan berpandu keterangan mangsa.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat diharap dapat menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Pilah di talian 06-4842999 atau pegawai penyiasat Inspektor Mohd Khairul Izaq Abd Kadir, 01115641601 atau pegawai operasi Inspektor Ali Yaacob Abdullah 014-9036970.

Artikel Berkaitan:

Terdahulu, tular fotofit suspek di laman sosial individu yang dikehendaki polis berhubung kejadian pecah rumah oleh 'geng besi buruk' bersabit kes repot Tanjung Ipoh, Kuala Pilah.