Sila log masuk terlebih dahulu.

‘Terima kasih pemandu langgar lari’

Status bergambar @deandayumson yang dimuat naik di Twitter.
Status bergambar @deandayumson yang dimuat naik di Twitter.
A
A
A

SHAH ALAM – Seorang mangsa kejadian langgar lari tampil berkongsi mengenai tindakan tidak bertanggungjawab seorang pengguna kenderaan sehingga menyebabkannya hilang hampir separuh tempurung kepalanya.

Pengguna Twitter, @deandayumson berkata, dalam kejadian terbabit, pemandu wanita berumur 31 tersebut bertindak menghilangkan diri sejurus kemalangan tersebut berlaku, namun dia sempat merakam nombor pendaftaran dan jenis kenderaan tersebut.

Dia turut berkongsi maklumat tersebut di Twitternya.

“Hai semua pengguna Twitter. Saya mengalami kepala berlekuk (deflated head). Terima kasih kepada pemandu yang langgar dan lari," tulisnya.

@deandayumson yang dikenali sebagai Syuk berkata, kejadian tersebut turut menyebabkannya mengalami pelbagai kecederaan serius terutama pada bahagian kepala dan badan.

“Tengkorak belah kiri saya retak. Otak kiri saya rosak menyebabkan saya tidak dapat mengawal mata dan mulut saya di sebelah kanan. Saya tidak dapat menutup mata kanan dengan betul apabila saya tidur.

“Tulang rusuk saya patah menyebabkan paru-paru kanan saya bocor dan sejak itu saya merasa sakit apabila hendak membuka baju, di samping saya tidak dapat bernafas dengan sempurna,” tulisnya di Twitter.

Artikel Berkaitan:

Kemalangan itu menyebabkan tengkorak kiri retak dan otak kiri rosak menyebabkan dia tidak dapat mengawal mata dan mulut sebelah kanan.
Kemalangan itu menyebabkan tengkorak kiri retak dan otak kiri rosak menyebabkan dia tidak dapat mengawal mata dan mulut sebelah kanan.

Perkongsian @deandayumson kini tular di media sosial dengan menerima 14,600 ulang kicau dan lebih 7,000 tanda suka.

Rata-rata netizen turut bersimpati dengan kejadian menimpa dirinya dan berharap pemandu terbabit dikenakan tindakan undang-undang.

“Hello, sila saman perempuan itu, awak ada nombor platnya, awak boleh tuntut insurans dia. Ini adalah hidup anda yang sudah terkesan disebabkannya.

"Susah nak kerja, susah nak jalankan kehidupan seharian. Tolong ambil tindakan undang-undang. Bukan nak sakiti dia tapi diri sendiri perlu dibela terlebih dahulu,” tulis @nurinnna di Twitter.

@tirahhaa pula memberitahu, “Betul itu, dekat tempat aku ini mereka suka buat macam jalan itu mereka punya. 'Ikut dan' sahaja nak memotong, nak masuk simpang, nak menyelit lepas tu kejap kiri, kejap kanan sesuka hati macam dia seorang sahaja ada dekat jalan itu, baik muda ke tua, sama sahaja.”

Antara reaksi netizen yang bersimpati dengan kejadian yang menimpa dirinya dan mengharapkan agar pemandu dikenakan tindakan undang-undang yang setimpal.
Antara reaksi netizen yang bersimpati dengan kejadian yang menimpa dirinya dan mengharapkan agar pemandu dikenakan tindakan undang-undang yang setimpal.