Bot milik kastam ditembak di perairan Semporna

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

SEMPORNA - Bot milik Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) ditembak di perairan Semporna petang tadi.

Ketika dihubungi, Ketua Polis Daerah Semporna, Superintendan Sabarudin Rahmat mengesahkan kejadian kira-kira jam 5.30 petang itu di perairan dekat Pulau Mataking.

"Pihak JKDM telah membuat laporan polis di Semporna malam ini dan siasatan sedang dijalankan," katanya.

Kejadian itu berlaku dipercayai berkaitan dengan kes penyeludupan rokok di perairan berkenaan. - Bernama

Artikel Berkaitan: