Gempa bumi kuat landa Rantau Hindu Kush, Afghanistan

No Image Caption
A
A
A

KUALA LUMPUR - Gempa bumi kuat dengan kekuatan 6.0 pada skala Richter dilapor berlaku di Rantau Hindu Kush, Afghanistan pada jam 7.39 malam ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia dalam satu kenyataan memaklumkan, pusat gempa bumi tersebut terletak 92 kilometer (km) Timur dari Taloqan, Afghanistan dengan kedalaman 203 km.

Bagaimanapun, gempa itu tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia. - Bernama

Artikel Berkaitan: