Tawar pinjaman tidak wujud

Saiful Azly (kiri) menunjukkan antara barang yang dirampas
Saiful Azly (kiri) menunjukkan antara barang yang dirampas
A
A
A

KUALA LUMPUR - Memperdayakan mangsa dengan menawarkan pinjaman tidak wujud menghubunginya menerusi panggilan telefon atau menghantar WhatsApp kepada bagi urusan pinjaman.

Itu adalah taktik sindiket pinjaman tidak wujud yang berjaya dilumpuhkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam serbuan di sebuah rumah teres di Kajang dan lapan premis kondominium di Batu 9, Cheras, di sini.

Timbalan Pengarah (Siasatan) Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman, Datuk Saiful Azly Kamaruddin berkata, serbuan itu dibuat pada 2.30 petang hingga 9.30 malam itu dijalankan sepasukan anggota dan pegawai JSJK Bukit Aman dan JSJK Selangor.

"Siasatan mendapati mangsa yang ingin memohon pinjaman akan diarahkan membuat pembayaran caj dokumen perjanjian pinjaman berserta cop Lembaga Hasil Dalam Negeri berdasarkan amaun pinjaman yang dipohon mangsa dalam beberapa akaun bank atas nama individu.

"Sebelum memberikan wang, suspek meminta mangsa membuat beberapa bayaran kononnya untuk proses pinjaman namun setelah dibayar, suspek kemudian menghilangkan diri,“ katanya dalam sidang media di Menara KPJ, di sini, hari ini.

Beliau berkata, sebanyak 32 laporan berkenaan sindiket yang beroperasi sejak Ogos lepas diterima melibatkan kerugian lebih RM434,486.

Katanya, siasatan dibuka di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

"Soal siasat mendapati kesemua suspek berperanan sebagai ‘caller’ yang menghubungi dan menawarkan pinjaman kepada mangsa," katanya.

Artikel Berkaitan:

Mengulas tentang rampasan dadah yang dibuat, Saiful Azly berkata, dadah itu ditemui dalam serbuan di sebuah premis kondominium.

"Kita menemui pelbagai jenis dadah yang dianggarkan bernilai RM337,245. Dipercayai dadah ini mempunyai kaitan dengan sindiket pinjaman tidak wujud ini, namun siasatan lanjut masih dibuat," katanya.