India guna undang-undang era kolonial kawal protes

Polis menggunakan kekerasan ketika cuba menahan sekumpulan pelajar Muslim yang membantah rang undang-undang CAB di New Delhi.
Polis menggunakan kekerasan ketika cuba menahan sekumpulan pelajar Muslim yang membantah rang undang-undang CAB di New Delhi.
A
A
A

NEW DELHI - India menggunakan peraturan zaman kolonial yang dahsyat bagi membendung tunjuk perasaan menentang undang-undang kerakyatan kontroversi yang semakin memuncak di negara itu.

Semalam, larangan itu itu dikuatkuasakan di beberapa bahagian di Delhi termasuk di negeri Uttar Pradesh dan sebahagian kawasan di negeri Karnataka dan Bangalore.

Ribuan penunjuk perasaan turut ditahan di banyak bandar kerana melanggar arahan polis.

Dikenali sebagai Seksyen 44, peraturan itu memberi kuasa kepada pegawai untuk melarang sebarang perhimpunan yang disertai lebih daripada empat individu.

Ramai percaya, peraturan itu disalahgunakan untuk menghalang protes terhadap Akta Pindaan Kerakyatan (CAB) yang diadakan secara aman.

CAB diluluskan Parlimen India Rabu lalu membolehkan kerakyatan diberi kepada jutaan pendatang haram Hindu, Sikh, Jain dan Kristian dari Pakistan, Afghanistan dan Bangladesh kecuali beragama Islam yang memasuki India pada atau sebelum 31 Disember 2014.

Tetapi pengkritik mendakwa rang undang-undang itu adalah sebahagian daripada agenda Perdana Menteri, Narendra Modi dan nasionalis Hindu bagi mengecilkan populasi penduduk Islam yang berjumlah 200 juta orang di negara berkenaan.

Modi berulang kali menafikan tuduhan berkenaan.

Artikel Berkaitan:

Protes yang semakin memuncak itu telah meragut hampir 10 nyawa. - Agensi