Isu bayaran pinjaman tertangguh selesai hujung bulan: Hijrah Selangor

Laporan akhbar semalam mengenai kira-kira 15 individu mewakili 107 usahawan Melayu cawangan Petaling Jaya Utara menggesa kerajaan negeri Selangor menyegerakan pembayaran pinjaman Hijrah Selangor
Laporan akhbar semalam mengenai kira-kira 15 individu mewakili 107 usahawan Melayu cawangan Petaling Jaya Utara menggesa kerajaan negeri Selangor menyegerakan pembayaran pinjaman Hijrah Selangor
A
A
A

SHAH ALAM - Isu bayaran pembiayaan bagi permohonan pinjaman Skim Hijrah Selangor yang didakwa tertangguh sebelum ini akan diselesaikan selewat-lewatnya hujung Januari ini.

Pengerusi Eksekutif Yayasan Hijrah Selangor, Datuk Mansor Othman berkata, perkara itu akan ditangani segera oleh pihaknya.

Merujuk kepada laporan akhbar mengenai memorandum yang diserah 15 individu kepada Hijrah Selangor berhubung kelewatan pengeluaran bayaran pinjaman kepada penerima Skim Hijrah Selangor tahun lalu, Mansor berkata, pihaknya maklum mengenai isu tersebut.

“Kerajaan negeri juga maklum mengenai perkara ini, Menteri Besar, Amirudin Shari sudah arahkan perkara ini ditangani segera.

“Justeru, sukacita dimaklumkan permohonan pengeluaran bayaran pembiayaan bagi permohonan yang tertangguh akan diselesaikan selewat-lewatnya pada penghujung Januari ini,”katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, kerajaan negeri melalui perlaksanaan mikrokredit dilaksanakan Hijrah Selangor komited dalam pembangunan usahawan di negeri ini.

Sebanyak RM25 juta diperuntukkan dalam Bajet 2019 bagi kesinambungan pelaksanaan program mikrokredit Hijrah Selangor .

Katanya, ia bagi membantu peniaga kecil mencapai objektif melebarkan kelas menengah dan menangani isu kemiskinan di negeri ini.

Artikel Berkaitan:

“Kerajaan negeri komited bantu usahawan kecil malah dalam Bajet 2019 turut diperuntukkan sejumlah dana bagi meneruskan pelaksanaan program mikrokredit Hijrah Selangor,” katanya.

Terdahulu, laporan akhbar mendedahkan kira-kira 15 individu mewakili 107 usahawan Melayu cawangan Petaling Jaya Utara menggesa kerajaan negeri Selangor menyegerakan pembayaran pinjaman Hijrah Selangor.

Wakil mereka yang juga Presiden Usahawan Kuala Lumpur, Shazlan Bashar berkata kegagalan mengaturkan bayaran pinjaman itu terjadi selepas berakhir PRU14, pada Mei tahun lepas.

"Ramai usahawan yang memohon skim pinjaman itu sejak tahun lepas, antara Januari sehingga September, mengeluh apabila sehingga kini masih belum mendapat sebarang dana walaupun pinjaman sudah diluluskan dan kesemua mereka meminjam antara RM8,000 hingga RM50,000.