Polis cari saksi bicara kes bunuh Kim Jong Nam

No Image Caption
A
A
A

SHAH ALAM - Polis sedang mengesan dua wanita warga Indonesia dan dua lelaki tempatan yang diperlukan hadir sebagai saksi perbicaraan kes bunuh Kim Jong-Nam di Mahkamah Tinggi Shah Alam.

18
18

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat berkata, dua wanita itu dikenal pasti sebagai Raisa Rinda Salma, 24, pemegang passport No. B2421541 dan Dessy Meyrisinta, 33, pemegang passport No. B0464727.

Manakala dua lelaki tempatan dikenal pasti sebagai Tham Yook Kun, 50, dan Ng Wah Hoong, 38.

19
19

"Keempat-empat saksi ini gagal dikesan sehingga kini dan semakan pergerakan Jabatan Imigresen mendapati mereka masih di Malaysia," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Sehubungan itu, beliau meminta sesiapa yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai mereka supaya menghubungi Pegawai Penyiasat Kanan Asisten Superintendan Wan Azirul Nizam Che Wan di talian 019-4811 844.

Polis turut mengedar gambar dan butiran saksi-saksi tersebut bagi hebahan media.

Artikel Berkaitan:

Pada 16 Ogos lepas, mahkamah memerintahkan warga Indonesia Siti Aisyah dan warga Vietnam Doan Thi Huong membela diri terhadap pertuduhan membunuh Jong-Nam atau Kim Chol yang juga abang Presiden Korea Utara Kim Jong-un.

Hakim Datuk Azmi Ariffin membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan wujud kes prima facie terhadap Siti Aisyah, 26, dan Doan, 29, pada akhir kes pendakwaan.

Fadzil berkata mahkamah telah menetapkan tarikh untuk kedua-dua tertuduh membela diri pada 7 hingga 10 Januari 28 hingga 31 Januari 11 hingga 14 Februari 18 dan 19 Februari 18 hingga 21 Mac dan 1 hingga 4 April tahun ini.

Siti Aisyah dan Doan didakwa dengan empat individu yang masih bebas membunuh Kim Chol, 45, di balai berlepas Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) pada 9 pagi, 13 Feb 2017. - Bernama