Banjir di Johor makin pulih

Keadaan bas yang terkandas akibat banjir ketika tinjauan Bernama bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat. -Foto Bernama
Keadaan bas yang terkandas akibat banjir ketika tinjauan Bernama bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat. -Foto Bernama
A
A
A

JOHOR BAHRU - Jumlah mangsa yang terjejas akibat banjir di negeri ini terus menunjukkan penurunan apabila seramai 888 mangsa dan 19 pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka membabitkan tiga daerah setakat jam 12 tengah hari tadi.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Johor memaklumkan daerah Segamat setakat ini masih mencatatkan jumlah mangsa tertinggi seramai 577 daripada 133 keluarga yang ditempatkan di 13 PPS seluruh daerah itu.

"Daerah Batu Pahat pula dilihat beransur pulih apabila hanya tiga PPS menempatkan 94 mangsa daripada 21 keluarga yang masih dibuka.

“Selain itu, satu lagi daerah iaitu Kluang pula masih menempatkan seramai 217 mangsa daripada 60 keluarga di tiga PPS yang masih dibuka,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Bagaimanapun katanya, beberapa laluan masih ditutup untuk semua kenderaan berikutan dinaiki air Jalan Paya Balai Badang dan Jalan Putting di Segamat.

"Selain itu di daerah Mersing pula Jalan Telok Arong yang sebelum ini ditutup bagi kenderaan ringan telah pun dibuka satu laluan.

"Berdasarkan imej radar cuaca dikeluarkan Jabatan Meteorologi pada jam 7.30 pagi tadi, hanya dua daerah diberi amaran ribut petir iaitu Segamat dan Mersing," katanya.

Artikel Berkaitan: