Penunggang motosikal maut dilanggar pacuan empat roda

Mohd Zani Che Din
Mohd Zani Che Din
A
A
A

PETALING JAYA - Seorang penunggang motosikal maut selepas dilanggar sebuah kenderaan pacuan empat roda dalam satu kejadian yang berlaku di KM458 Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE) arah Utara hari ini.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din berkata, kejadian tersebut disedari oleh pihak peronda Lebuhraya NKVE ketika sedang melakukan rondaan di lokasi terlibat sekitar jam 2.20 petang tadi.

Beliau berkata, menerusi percakapan saksi di lokasi kejadian, mangsa dipercayai sedang menunggang motosikal di lorong kanan lebuhraya berkenaan sebelum dilanggar oleh kenderaan tersebut.

"Sewaktu tiba di lokasi, polis mendapati pemandu kenderaan terbabit tiada di lokasi dan dipercayai melarikan diri susulan daripada kejadian itu.

"Buat masa ini polis masih sedang mengesan pemandu berkenaan bagi membantu siasatan kes ini," katanya.

Mengulas lanjut, Mohd Zani berkata, Penolong Pegawai Perubatan Hospital Sungai Boleh turut mengesahkan mangsa maut ditempat kejadian dipercayai akibat kecederaan parah di bahagian kepala.

Beliau berkata, aliran trafik di lokasi kejadian juga bergerak perlahan memandangkan lorong kanan dan tengah terpaksa ditutup bagi memberi ruang kepada kerja-kerja siasatan.

"Polis sedang berusaha mengesan pemandu kenderaan pacuan empat roda terbabit dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengankutan Jalan 1987," katanya.

Artikel Berkaitan: