Seorang dah kena cekup!

Tular di media sosial gambar lelaki disyaki melakukan jenayah samun di sebuah rumah di Pangsapuri Beringin Gombak Permai.
Tular di media sosial gambar lelaki disyaki melakukan jenayah samun di sebuah rumah di Pangsapuri Beringin Gombak Permai.
A
A
A

GOMBAK - Seorang daripada empat lelaki yang menyamun wanita berusia 52 tahun di Pangsapuri Beringin Jalan GP1 Taman Gombak Permai di sini berjaya diberkas di Jalan Tun Razak pada jam 5.30 petang semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak, Superintendan Arsad Kamaruddin berkata, mangsa membuat laporan disamun empat lelaki bersenjatakan pisau pemotong daging di rumahnya Rabu lalu.

Menurutnya, dalam kejadian pada jam 12.12 tengah hari itu, mangsa mengalami kerugian lebih kurang RM8,000.

"Mangsa memberitahu dia disamun sekumpulan penjenayah tidak bertopeng," katanya.

Beliau berkata, bertindak atas maklumat pasukan Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak menahan seorang lelaki berusia 24 tahun.

Katanya, polis turut merampas sebuah kereta Proton Suprima S dan pakaian yang dipercayai digunakan suspek semasa kejadian.

"Suspek direman selama empat hari sehingga Isnin ini.

"Polis masih memburu tiga lagi suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan," katanya.

Artikel Berkaitan:

Terdahulu, tular di media sosial gambar beberapa lelaki disyaki melakukan jenayah samun di sebuah rumah di Pangsapuri Beringin Gombak Permai.

Suspek dikatakan berpura-pura ingin berurut dengan pemilik rumah yang menyediakan perkhidmatan tersebut.

Suspek kemudian dikatakan menolak, mengikat tangan dan menutup mulut mangsa ketika sedang mengurut sebelum melarikan wang tunai dan barangan berharga.