Sharifah Mazlina tidak pernah guna gelaran Datin Paduka

Sharifah Mazlina
Sharifah Mazlina
A
A
A

SHAH ALAM - Badan bukan kerajaan (NGO), All Women Empowerment to Accelarate (AWETA) dan Projek All Women's Expedition to Antarctica menegaskan bahawa pihaknya dan juga mentor mereka, Dr Sharifah Mazlina Syed Abdul Kadir tidak pernah menggunakan gelaran Datin Paduka untuk Sharifah Mazlina sepanjang projek itu dijalankan.

Dalam satu kenyataan bersama dua NGO terbabit hari ini berkata, semua bahan cetak media massa dan elektronik yang terbit dari pejabat AWETA hanya menggunakan gelaran Dr (Sharifah Mazlina).

"Semua penampilan beliau (Dr Sharifah Mazlina) di media massa juga hanya menggunakan gelaran Dr.

Kenyataan akhbar bersama NGO terbabit.
Kenyataan akhbar bersama NGO terbabit.

"Bagaimanapun terdapat penganjur-penganjur program yang masih melakukan kesilapan dengan menggunakan gelaran Datin Paduka walaupun telah diberitahu," kata kenyataan itu.

Kata kenyataan itu lagi, Dr Sharifah Mazlina sendiri akur dengan keputusan Jumaah Majlis DiRaja Johor sejak dari 2010 lagi dan tidak menggunakan gelaran tersebut.

Beliau juga telah cuba sedaya upaya beliau memastikan kesilapan ini tidak dilakukan oleh mana-mana pihak," tambah kenyataan itu.

Artikel Berkaitan: