Pesawat tempur Israel serang semenanjung Gaza

Pesawat perang Israel menyasarkan dua kawasan tentera di bandar utara Beit Lahia dan di selatan Khan Yunis.
Pesawat perang Israel menyasarkan dua kawasan tentera di bandar utara Beit Lahia dan di selatan Khan Yunis.
A
A
A

GAZA - Pesawat tempur Israel melancarkan serangan ke atas dua kem tentera milik kumpulan pengawal Palestin di Semenanjung Gaza pada Jumaat, lapor agensi berita Anadolu.

Berdasarkan maklumat yang disediakan sumber keselamatan tempatan, pesawat perang Israel menyasarkan dua kawasan tentera di bandar utara Beit Lahia dan di selatan Khan Yunis.

Pesawat tempur turut mengebom kawasan pertanian di Rafah.

Dalam satu kenyataan, tentera Israel berkata sasaran adalah ke atas infrastruktur bawah tanah, kem tentera laut dan kem tentera di utara milik Hamas.

Kenyataan itu juga mendakwa terdapat serangan roket mensasarkan Israel yang dilancarkan dari Semenanjung Gaza.

Tidak ada maklumat lanjut mengenai serangan dan setakat ini tiada yang mengaku bertanggungjawab.- Bernama

Artikel Berkaitan: