X

Kindly register in order to view this article
!

Umat Islam jadi boneka, bergantung kepada barat: Mufti

Dr Mohd Asri Zainul Abidin
A
A

KUALA LUMPUR - Segelintir negara Islam menjadi boneka apabila terdapat dalam kalangan mereka masih bergantung kepada dunia barat khususnya dalam sektor ekonomi.

Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, perkara itu merupakan satu realiti yang perlu diakui dunia Islam hari ini apabila masing-masing gagal bertindak memperkasa ekonomi ummah terutamanya dalam bidang perdagangan.

"Umat Islam masih dihantui perasaan takut dan hal ini berlaku apabila kita bergantung kepada barat walaupun kita kaya dengan pelbagai sumber mineral.

"Sekiranya ekonomi kita kuat, maka perkara lain seperti kuasa pertahanan akan juga kuat, sekali gus menjadikan kita lebih disegani masyarakat lain," kataMUgnya ketika menjadi panelis dalam sesi plenari bertajuk 'Agihan Kekayaan-Perkongsian Kemakmuran' sempena Sidang Kemuncak Kuala Lumpur 2019 di sini hari ini.

Mengulas lanjut katanya, isu halal dan haram turut timbul dalam industri kepenggunaan disebabkan umat Islam sendiri gagal mengeluarkan produk sendiri, sebaliknya bergantung kepada hasil keluaran negara bukan Islam.

Sehubungan itu katanya, soal keselamatan makanan perlu menjadi fokus utama umat Islam hari ini dengan memperkasa produk keluaran Islam.

Dalam masa sama, beliau juga membangkitkan kempen menggalakkan membeli barangan buatan Muslim serta melancong ke negara-negara Islam.

"Kita mempunyai 1.7 bilion umat Islam sekali gus menunjukkan kita mempunyai populasi besar dalam kuasa membeli dan bagi mengeluarkan produk-produk sendiri. Akhirnya mampu menjana ekonomi lebih besar kepada masyarakat Islam," katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!