Tawaran berbaloi di POPULAR Mega Bookfair

POPULAR Mega Bookfair berlangsung di Mid Valley Exhibition Centre bermula 20 Disember hingga 29 Disember depan.
POPULAR Mega Bookfair berlangsung di Mid Valley Exhibition Centre bermula 20 Disember hingga 29 Disember depan.
A
A
A

JOHOR BAHRU - POPULAR Mega Bookfair kini sedang berlangsung di Mid Valley Exhibition Centre di sini bermula hari ini hingga 29 Disember depan.

POPULAR dalam kenyataannya memaklumkan, ekspo itu merupakan kesinambungan kepada BookFest @Malaysia yang diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) baru-baru ini.

POPULAR Mega Bookfair yang dibuka bermula jam 10 pagi hingga 10 malam bukan hanya menjual buku, malah pelbagai item menarik ditawarkan kepada pengunjung pada harga berbaloi.

“Bertemakan 'POPULAR Assures', ekspo ini menawarkan bahan bacaan terbaik kepada rakyat Malaysia membabitkan naskhah dalam bahasa Melayu, Inggeris dan Cina.

“Ia turut menawarkan alat tulis, hadiah, cakera padat dan cakera video digital, gajet dan produk teknologi maklumat (IT)," menurut kenyataan itu.

Hari ini diadakan 'Member's Day' dengan pelbagai tawaran istimewa untuk ahli selain kad edisi terhad sempena sambutan ulang tahun POPULAR ke-95.

Sah selama tiga tahun, orang ramai yang menjadi ahli atau memperbaharui keahlian membawa pulang hadiah eksklusif.

Selain itu, ahli yang beralih kepada e-Membership menerusi aplikasi POPULAR MY akan menerima baucar RM5 dan hadiah eksklusif.

Artikel Berkaitan:

"Nikmati juga diskaun untuk pembelian buku Bahasa Inggeris, Melayu dan Cina selain baucar yang ditawarkan sepanjang ekspo berlangsung.

"Pelbagai aktiviti turut disediakan untuk pengunjung antaranya demonstrasi masakan, pertandingan bercerita dan bengkel," kata kenyataan itu lagi.

Antara objektif POPULAR Mega Bookfair dianjurkan ialah untuk memupuk rasa cintakan membaca dalam kalangan masyarakat.