Rezeki berganda selepas belanja orang kurang siuman makan

Paparan Facebook Zurizwan tular di laman sosial.
Paparan Facebook Zurizwan tular di laman sosial.
A
A
A

KUANTAN - Seorang lelaki tidak menyangka menerima rezeki berganda selepas bersedekah kepada seorang lelaki kurang siuman dengan mengajaknya bersarapan bersama di sebuah kedai.

Sewaktu mengajak lelaki kurang siuman itu bersarapan, dia hanya mempunyai RM20 yang mana cukup-cukup untuk membeli sarapan tiga beranak.

Perkongsian itu dimuat naik oleh Zurizwan Zulkifli di Facebook miliknya membuatkan netizen memuji tindakannya bersedekah.

Katanya, lelaki kurang siuman itu dipercayai dihalau dari kedai makan gara-gara meminta minuman.

Tersentuh melihat situasi itu, Zurizwan mengajak lelaki itu duduk semeja sambil belanjanya minum.

"Saya masuk kedai hari ini dengan poket ada RM20 cukup bajet untuk tiga beranak sarapan. Bila kira-kira kalau seorang RM5, mungkin ada rezeki untuk lelaki tersebut.

"Panggil dia duduk semeja makan, sampailah masa nak bayar tuan kedai cakap sudah selesai, ada orang tolong bayarkan.

"Alhamdulillah rezeki dalam niat bersedekah. ALLAH balikkan pada saya, saya pun ada lagi baki RM20 dan bungkus makanan sebagai bekalan," tulisnya.

Artikel Berkaitan:

Bagaimanapun katanya, ketika hendak membuat bayaran, sekali lagi ada individu membayar makanan tersebut.

"Kuasa Tuhan, makanan saya sudah dibayar. Allahuakbar," katanya berasa syukur di atas ganjaran yang diterimanya.

Rata-rata netizen memuji tindakan Zurizwan itu kerana memberi kesenangan kepada orang lain.

Anis Azmiera berkata, "ALLAH, sebak saya baca kisah tuan ni... semoga ALLAH gandakan rezeki tuan untuk membantu orang-orang yang lebih susah."

Kata Dafi Chicanos, "Kalau saya nampak orang macam ni pun aku belanja. Tiada hal lah, dalam rezeki kita ada rezeki orang lain. Semoga kamu dimurahkan rezeki."