Revolusi 4.0 beri kesan kepada sektor kerajaan

Adnan - FOTO ASRIL ASWANDI SHUKOR
Adnan - FOTO ASRIL ASWANDI SHUKOR
A
A
A

SHAH ALAM - Revolusi 4.0 secara langsung memberi kesan kepada peluang pekerjaan dalam perkhidmatan awam di negara ini.

Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Adnan Mat berkata, apabila berlaku Revolusi 4.0 secara menyeluruh, ia boleh menyebabkan perkhidmatan tertentu terutamanya dalam perkhidmatan awam tidak lagi digunakan secara manual.

"Inilah cabaran di mana akan berlaku dari segi jawatan-jawatan ini tidak diisi, apabila tidak diisi maknanya akan ada kekurangan jawatan disebabkan penggunaan mesin-mesin berteknologi tersebut.

"Inilah cabaran kita di masa hadapan iaitu pekerjaan dalam sektor kerajaan semakin kecil dan berkurangan," katanya kepada pemberita selepas Konvensyen Tri Tahunan Cuepacs ke-28 di Shah Alam Convention (SACC) semalam.

Katanya, yang menjadi persoalan utama adalah peluang generasi akan datang mendapatkan pekerjaan di sektor kerajaan apabila wujudnya pembaharuan dari segi teknologi.

"Macam kami sekarang, kami berada dalam sistem, cuma generasi akan datang mereka belum tentu ada dalam sistem, tiba-tiba benda itu telah tidak ada, jadi bagaimana?

"Ini menyebabkan peluang pekerjaan semakin mengecil," katanya.

Artikel Berkaitan: