X

Kindly register in order to view this article
!

Ankara-Kuala Lumpur dapat tingkat kerjasama kewangan Islam

Majlis pertukaran MoU antara KOP Mantap Berhad dengan TISAS-TRABZON disaksikan Tun Mahathir (dua dari kanan) dan Erdogan (dua dari kiri) di Putrajaya semalam.
A
A

KUALA LUMPUR - Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan percaya Ankara dan Kuala Lumpur dapat meningkatkan kerjasama dalam kewangan Islam untuk manfaat bersama.

"Kami (Turki) perlu mengambil kira kewangan Islam dalam agenda kami, menjadikannya satu keutamaan. Kami percaya Malaysia mempunyai kelebihan sebagai perintis dalam kewangan Islam. Jadi kita boleh bekerjasama antara bank kita, peserta swasta, kita mempunyai model seperti Sukuk," kata beliau.

Presiden itu berkata demikian semasa perbincangan dan sesi meja bulat Sidang Kemuncak Kuala Lumpur 2019, di sini bersama-sama Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Presiden Iran, Hassan Rouhani.

"Jadi, ini adalah antara potensi penting di negara kami (Turki). Kita boleh mengadakan butiran, pelan tindakan melalui kumpulan kerja untuk menangani isu-isu ini," kata beliau sambil menambah bahawa bidang lain yang boleh diterokai ialah teknologi dan inovasi.

Terdahulu, semasa berucap pada sidang kemuncak itu, Erdogan berkata, negara-negara Islam perlu memanfaatkan kelebihan mereka dari segi sumber, penduduk dan lokasi geografi untuk faedah mereka.

Beliau juga berkata, mereka harus memikirkan kekurangan dan menyusun strategi untuk mengatasi masalah seperti kemiskinan dalam kalangan penduduk Islam.

Menggesa umat Islam agar berusaha mengatasi masalah mereka, presiden itu berkata, mereka tidak seharusnya mengambil jalan mudah dengan menyalahkan orang lain bagi isu-isu yang menjejaskan ummah. - Bernama


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!