20 pelajar cedera dalam serangan sekolah rendah di China

Pihak polis membawa keluar bahan bukti dari lokasi kejadian.- Foto AFP
Pihak polis membawa keluar bahan bukti dari lokasi kejadian.- Foto AFP
A
A
A

BEIJING - CHINA.Seorang penyerang lelaki bertindak mencederakan 20 pelajar dalam insiden serangan di sebuah sekolah rendah di Beijing hari ini, kata pihak berkuasa.

Menurut kerajaan wilayah Xicheng, susulan insiden jam 11:17 pagi waktu tempatan itu, kesemua mangsa dibawa ke hospital bagi mendapatkan rawatan, tiga daripada mangsa mengalami kecederaan serius namun tidak mengancam nyawa.

Suspek kejadian dilaporkan telah ditahan dan siasatan sedang dijalankan.

Pihak berkuasa bagaimanapun tidak menyatakan jenis senjata yang digunakan dalam serangan di Sekolah Rendah Xuanwu yang menempatkan sejumlah 2,537 pelajar dan 199 tenaga pengajar itu.

Serangan ganas menyasarkan kanak-kanak sekolah sering berlaku di China, pada April tahun lalu, seorang pemuda berusia 28 tahun bersenjata pisau, membunuh sembilan pelajar yang sedang dalam perjalanan pulang ke rumah.

Suspek yang mendakwa menjadi mangsa buli ketika bersekolah di sebuah sekolah di wilayah Shaanxi telah dihukum mati pada September lalu.- AFP

Artikel Berkaitan: