Rupanya lemas...

Lembu Zakaria yang disangka hilang ditemukan mati dipercayai lemas.
Lembu Zakaria yang disangka hilang ditemukan mati dipercayai lemas.
A
A
A

TUMPAT - Lembu pelihara seorang penternak yang disangka hilang rupa-rupanya lemas dipercayai terjatuh parit di Kampung Kubang Batang di sini, hari ini.

Zakaria Daud, 55, berkata, lembunya ditemukan mati lemas kira-kira jam 1 tengah hari selepas puas mencarinya di bendang dan belukar.

“Puas saya cari tak jumpa, tapi bila saya lalu kawasan ini saya ternampak lembu terapung dalam parit. Cepat-cepat saya turun untuk selamatnya tapi ia sudah mati lemas,” katanya.

Menurutnya, lembu peliharaannya ditambat pada jam 7.30 pagi bersama tujuh ekor lagi di bendang dan kejadian itu menyebabkannya dirinya kerugian RM2,000.

“Tiada rezeki saya, lembu jatuh parit dengan kesan tali terbelit di kaki. Kawasan ini sunyi waktu tengah hari, tiada orang kerana keluar bekerja. Mungkin ia terlepas dan merayau di tebing parit sebelum terjatuh,” katanya.

Artikel Berkaitan: