Anifah akan ambil tindakan undang-undang terhadap SPR

Bekas Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi ganti rugi berikutan keputusan Mahkamah Persekutuan bahawa suruhanjaya itu telah melanggar undang-undang pilihan raya dalam pilihan raya umum ke-14 (PRU14) lepas. Foto Bernama
Bekas Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi ganti rugi berikutan keputusan Mahkamah Persekutuan bahawa suruhanjaya itu telah melanggar undang-undang pilihan raya dalam pilihan raya umum ke-14 (PRU14) lepas. Foto Bernama
A
A
A

KOTA KINABALU - Bekas Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi ganti rugi berikutan keputusan Mahkamah Persekutuan bahawa suruhanjaya itu telah melanggar undang-undang pilihan raya dalam pilihan raya umum ke-14 (PRU14) lepas.

Dalam kenyataan di sini hari ini, Anifah berkata, kegagalan SPR untuk merayu terhadap keputusan Mahkamah Persekutuan yang tidak memihak kepadanya telah mencetuskan spekulasi bahawa ia telah mengkhianati mandat rakyat.

"Walaupun saya tidak bersetuju dengan keputusan Mahkamah Persekutuan, saya menerima pemuktamadan proses mahkamah diberikan kepada saya.

"Sebagai mangsa kepada ketidakcekapan dan kecuaian SPR, atas nasihat peguam saya, saya akan mengambil tindakan undang-undang terhadap SPR bagi ganti rugi dalam waktu terdekat," katanya.

Anifah berkata, sepanjang penggalnya sebagai Ahli Parlimen Kimanis, beliau telah berusaha melakukan yang terbaik untuk membawa pembangunan kepada penduduk Kimanis tanpa mengira fahaman politik dan latar belakang kaum.

Anifah menegaskan bahawa beliau percaya kecuaian di pihak SPR telah menyusahkan penduduk Kimanis dan membelanjakan wang pembayar cukai secara tidak bijak.

"Ini merupakan saat sedih bagi saya untuk tidak bertanding dalam pilihan raya kecil (Parlimen Kimanis). Bagaimanapun saya akan bertanding di Kimanis pada PRU15," katanya.

Pada 2 Disember, Mahkamah Persekutuan mengekalkan keputusan Mahkamah Pilihan Raya yang membatalkan kemenangan Anifah di kerusi Parlimen Kimanis pada PRU14, sekaligus memberi laluan bagi pilihan raya kecil diadakan di kawasan itu.

Artikel Berkaitan:

Anifah telah menjadi Ahli Parlimen Kimanis sejak 2004.

Pada Isnin lepas, SPR menetapkan pilihan raya kecil Parlimen Kimanis pada 18 Januari tahun depan dan tarikh penamaan calon pada 4 Januari manakala pengundian awal pada 14 Januari. - Bernama