X

Kindly register in order to view this article
!

Bergilir-gilir kendong warga emas redah banjir

Dua pegawai JBPM Kelantan bergilir-gilir menggendong seorang warga emas sejauh 100m meredah banjir sedalam 0.5 meter di Kampung Banggol Kulim.
A
A

RANTAU PANJANG - Dua pegawai dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan sanggup bergilir-gilir menggendong seorang warga emas sejauh 100 meter sambil meredah banjir sedalam 0.5 meter di Kampung Banggol Kulim dekat sini hari ini.

Dua pegawai bomba iaitu Ana Wansuhana Abddul Rahim dan Nur Amalina Athirah Kamaruddin berusaha memindahkan Rukiah Kunyah, 63, ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) selepas rumahnya ditenggelami banjir.

Ketua Bahagian Operasi JBPM negeri, Penolong Kanan Penguasa Bomba Che Mohd Fauzi Che Omar berkata, pihaknya menggunakan teknik ‘Piggy back carry’ untuk memindahkan warga emas berkenaan.

“Ini adalah sebahagian daripada cabaran yang terpaksa dilalui oleh pasukan kami ketika kerja-kerja menyelamat mangsa banjir,” katanya.

Menurutnya, warga emas berkenaan kemudian dibawa ke PPS di Sekolah Kebangsaan (SK) Gual Tinggi.

"Usaha itu adalah komitmen anggota penyelamat bagi membantu mangsa-mangsa banjir," katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!