X

Kindly register in order to view this article
!

Cabaran membawa jemaah

Sebahagian daripada jemaah yang dibawa oleh Shahrizan.
A
A

SHAH ALAM- Ilmu psikologi dan pengurusan manusia antara elemen penting perlu ada bagi setiap pemain industri yang terlibat membawa jemaah ke Tanah Suci bagi menunaikan haji dan umrah.

Konsultan Berdaftar Tabung Haji (TH), Ustaz Shahrizan Daud At-Turabi merangkap mutawwif pelbagai agensi kembara umrah dan ziarah berkata, selain daripada pengalaman yang dimiliki semua itu menjadi satu nilai tambah sewaktu berdepan pelbagai karenah dan gelagat para jemaah.

“Menguruskan jemaah ada macam-macam cabaran sama ada yang baharu pertama kali pergi atau yang sebaliknya.

“Mereka yang belum pernah ke sana apatah lagi jemaah yg ada pengalaman, majoritinya dilihat mengharapkan perkhidmatan terbaik daripada syarikat pengendali umrah dan haji kerana itulah kami perlu berikan yang terbaik,” katanya kepada Sinar Harian baru-baru ini.

Menurutnya, ada juga dalam kalangan jemaah umrah dan haji yang tidak pernah mengikuti kursus dan tidak mempunyai pengetahuan langsung mengenai cara mengerjakan umrah atau haji.

Shahrizan yang juga pendakwah menjelaskan, pihak syarikat pengendali umrah dan haji perlu menyediakan mutawif yang boleh membantu jemaah.

“Pihak syarikat memang kena bersedia dan ini belum termasuk lagi dengan jemaah yang sakit dan perlu dapatkan rawatan, ada yang meninggal dunia, semuanya perlu diselesaikan secara bersistematik dan terurus.

“Itu belum termasuk lagi dengan pengurusan hotel yang sentiasa berubah daripada perjanjian asal dan pertukaran bilik di saat-saat akhir,” katanya yang turut bertugas sebagai Imam Jemputan Masjid Asy-Syakirin Kuala Lumpur City Center (KLCC), Masjid Negara dan Masjid Wilayah Persekutuan.

Beliau yang bermula sebagai pembantu untuk pengurusan haji sejak 2003 lagi berkata, semua itu adalah asam garam dalam pengurusan umrah dan haji.

Shahrizan
Shahrizan

“Cabaran ini boleh diatasi melalui pengalaman praktikal umrah dan haji dan bukan dari sudut teori semata-mata.

“Jadi semua mutawif perlu ada pengalaman melancong atau mengembara kerana jika tidak biasa melancong dia tidak mahir dalam menguruskan keperluan jemaah walaupun pandai dalam hukum dan hakam agama kerana mengurus jemaah ini melibatkan semua segi dan ianya memerlukan kemahiran dan pengalaman,” katanya.Menurutnya, kalau musim umrah biasanya mutawif akan menjaga kira-kira 40 hingga 50 jemaah umrah dan apabila musim haji, mutawif perlu menjaga sehingga 100 hingga 150 atau lebih jemaah haji.

Mengulas lanjut, beliau berkata, kos untuk mengerjakan umrah dan haji sentiasa meningkat.Ini kerana katanya, kosnya meningkat disebabkan banyak faktor seperti harga tiket, caj penginapan seperti hotel, caj visa dan perbelanjaan makan dan minum sepanjang di tanah suci.

“Harga sebelum dan harga sekarang agak jauh bezanya, bukan hanya syarikat pengendali umrah dan haji tetapi Tabung Haji turut terkesan dengan kos pengurusan haji yang semakin meningkat,” katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!