Saya sangat menjaga apa yang dimuat naik : Anuar Zain

Anuar Zain
Anuar Zain
A
A
A

PENYANYI Anuar Zain sebelum ini lebih suka gaya hidup yang lebih privacy. Oleh itu, apabila dia mempunyai akaun media sosial Instagram, ramai yang teruja. Akuinya, dia menyesal.

Ditanya pengalamannya menjadi warga media sosial iaitu Instagram, penyanyi yang terkenal dengan lagu Sedetik Lebih dan Lelaki Ini secara berseloroh mengakui berasa menyesal kerana tidak menyertai warga media sosial lebih awal sebelum ini.

Selain mengeratkan hubungan dengan peminat, ia juga memberinya pengalaman manis dan berasa puas kerana dapat membuatkan orang lain berasa lebih gembira.

"Saya sangat menjaga apa yang saya muat naik di Instagram. Bagi saya, bila kita kongsikan yang positif, ia akan berbalik semula pada kita.

"Bila difikir-fikirkan saya rasa, patut dah lama ada Instagram. Tidak dinafikan ketika awal membuka Instagram, saya buat untuk perniagaan.

"Tapi lama-lama seronok pula share mengenai lifestyle. Bila ada yang beri kata-kata semangat dan yang meluahkan betapa gembira melihat saya repost atau komen posting mereka, saya tak sangka, ia juga boleh membahagiakan orang lain menerusi media sosial," akuinya.

Artikel Berkaitan: