Zakir Naik hadir ke Sidang Kemuncak Kuala Lumpur 2019

Zakir Naik
Zakir Naik
A
A
A

KUALA LUMPUR - Tokoh pendakwah antarabangsa, Dr Zakir Naik merupakan antara peserta yang dilihat menghadiri Sidang Kemuncak Kuala Lumpur 2019 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini hari ini.

Terdahulu, beliau dilihat hadir ke Majlis Perasmian Sidang Kemuncak itu yang disempurnakan oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Sidang kemuncak itu juga dihadiri Emir Qatar Sheikh Tamim Hamad Al Thani; Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan dan Presiden Iran, Hassan Rouhani.

Pada sebelah petang pula, Dr Zakir yang mengenakan sut berwarna kelabu dan berkopiah putih menghadiri sesi Sidang Meja Bulat dengan menampilkan tiga panel utama iaitu Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad; Erdogan dan Rouhani.

Bertemakan Peranan Pembangunan Dalam Akses Kedaulatan Negara, Sidang Kemuncak Kuala Lumpur 2019 berjaya menghimpunan 450 delegasi dari 56 negara yang memulakan tirainya sejak semalam dan berakhir esok.

Ia merupakan platform untuk pemikir, intektual dan ahli politik dan para pemimpin untuk membincangkan kepentingan bersama termasuk keadaan ummah seperti penindasan, perang saudara dan Islamofobia.

Artikel Berkaitan: