X

Kindly register in order to view this article
!

Bicara kes dua remaja bunuh pelajar tahfiz 24 Januari

Tertuduh dibawa keluar selepas prosiding secara tertutup di Mahkamah Majistret Temerloh hari ini.
A
A

TEMERLOH - Perbicaraan dua remaja bawah umur yang menghadapi pertuduhan membunuh seorang pelajar pusat tahfiz di Lanchang, 7 November lalu ditetapkan pada 24 Januari depan.

Dalam prosiding tertutup di hadapan Majistret Ti Pei Si di Mahkamah Majistret Temerloh hari ini, dua remaja berusia 13 tahun itu diwakili peguam, Mohd Harris Abdullah manakala pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Navini Rajikumara.

Pei Si turut menetapkan 24 Januari depan untuk laporan bedah siasat dan kimia.

Mengikut kertas pertuduhan, kedua-dua tertuduh didakwa membunuh sehingga menyebabkan kematian Mohammad Aimin Nurul Amin, 7, di Madrasah Maahad Tahfiz Nahfah Syubban Addiniyah, Kampung Kuala Kaung, Lanchang antara jam 11 pagi hingga 1.30 tengah hari pada 7 November lalu.

Pertuduhan dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibacakan bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Media pada 8 November lalu melaporkan kematian mangsa yang juga pelajar termuda di pusat tahfiz itu selepas ditemui dalam keadaan tidak bermaya oleh warden asrama.

ARTIKEL BERKAITAN: Murid tahfiz mati dipercayai dipukul

'Tengkuk, kaki dia sejuk'

Kawan-kawan cemburu rupanya...


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus