Anugerah Pelancongan Kesihatan milik Malaysia

Tiga tahun berturut-turut kekal pencapaian peringkat antarabangsa

DELEGASI Malaysia Healthcare bersama tanda pencapaian masing-masing selepas majlis anugerah Pelancongan Kesihatan Antarangsa IMTJ 2019 baru-baru ini.
DELEGASI Malaysia Healthcare bersama tanda pencapaian masing-masing selepas majlis anugerah Pelancongan Kesihatan Antarangsa IMTJ 2019 baru-baru ini.
A
A
A

SATU lagi pencapaian negara yang boleh dibanggakan apabila Malaysia berjaya mengekalkan kemenangan Anugerah Kluster Kesihatan dan Pelancongan Kesihatan Terbaik selama tiga tahun berturut-turut.

Kejayaan terbaharu itu diumumkan pada majlis anugerah Pelancongan Kesihatan Antarabangsa Jurnal Pelancongan Perubatan Antarabangsa (IMTJ) 2019.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Pelancongan Kesihatan Malaysia (MHTC), Sherene Azli, pihaknya berbangga dengan kemenangan yang diperoleh.

"Kami sangat gembira dapat mengekalkan gelaran sebagai Kluster Kesihatan dan Pelancongan Kesihatan Terbaik.

“Hari ini, Malaysia telah diiktiraf sebagai negara yang menawarkan penjagaan kesihatan yang menakjubkan dan ini akan diketengahkan melalui kempen Tahun Pelancongan Kesihatan Malaysia 2020 (MyHT2020)," katanya dalam kenyataan media selepas majlis anugerah berkenaan baru-baru ini.

Menurut Sherene, MyHT2020 turut akan dijalankan seiring dengan kempen pelancongan negara, Visit Malaysia 2020 (VM2020).

Dalam pada itu, Malaysia turut mengekalkan posisi sebagai penyedia penjagaan kesihatan bertaraf dunia.

Penerima anugerah tersebut dimenangi oleh dua hospital swasta iaitu Thomson Hospital Kota Damansara dan TMC Fertility Center.

Artikel Berkaitan:

Masing-masing menerima anugerah Inisiatif Kualiti Terbaik dan Klinik Kesuburan Antarabangsa Terbaik.

Pada majlis berprestij itu Malaysia turut menerima anugerah Kepujian sebagai Destinasi Kesihatan dan Pelancongan Perubatan Terbaik.

MHTC adalah sebuah agensi yang telah ditubuhkan pada tahun 2009 dan berperanan memajukan industri pelancongan kesihatan negara melalui jenama ‘Malaysia Healthcare’ untuk menjadikan Malaysia sebagai destinasi kesihatan global terkemuka di dunia.

MHTC kini telah bekerjasama dengan para pemain industri dan penyedia perkhidmatan ke arah strategi pembangunan yang lebih tertumpu untuk mempertingkatkan profil Malaysia dalam industri pelancongan kesihatan di persada antarabangsa.

Para pelancong kesihatan boleh memperoleh maklumat untuk mendapatkan rawatan di Malaysia melibatkan penjagaan kesihatan, penginapan dan pelancongan menerusi laman web www.malaysiahealthcare.org.