Tergamaknya isteri pukul suami strok, alzheimer

Aksi kejam si isteri memukul suaminya menggunakan tongkat berkaki empat mendapat perhatian netizen yang mengutuk tindakan tersebut.
Aksi kejam si isteri memukul suaminya menggunakan tongkat berkaki empat mendapat perhatian netizen yang mengutuk tindakan tersebut.
A
A
A

JAKARTA - Video kekejaman seorang isteri memukul suaminya tular di laman sosial hingga mendapat kecaman dari netizen.

Suami, 65, mengalami strok dan penyakit alzheimer dipukul isterinya berusia 35 tahun menggunakan tongkat berkaki empat di rumahnya di Pantai Mutiara, Utara Jakarta, semalam.

Rakaman video berdurasi 2 minit 20 saat itu menunjukkan suami sedang duduk di sofa sebelum isterinya merakam aksi kejam itu.

Dalam rakaman itu, isteri dilihat memukul suaminya beberapa kali hingga mengalami cedera ringan di bahagian muka.

Walaupun suaminya meraung kesakitan tetapi isterinya tetap memukul tanpa belas kasihan.

Isterinya juga meluahkan perasaan tidak sanggup menjaga suaminya kerana keletihan.

Katanya, dia terlalu berang dengan suaminya kerana selalu membuang air besar dalam seluar.

Apa yang lebih membuatkan isteri bertambah marah apabila suami dikatakan telah mengorek punggungnya walaupun isterinya sudah membersihkan najis pada seluarnya itu.

Artikel Berkaitan:

Dia juga tidak peduli sekiranya diceraikan oleh suaminya tetapi dengan syarat dia diberikan wang sebanyak 1 milion Rupiah iaitu bersamaan RM295,000.

Sementara itu, Ketua Polis Penjaringan AKBP, Imam Rifai ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kes tersebut dan ia ada kaitan dengan jenayah.

"Ya, kami menerima laporan daripada orang ramai dan kami ke lokasi kejadian," kata Imam Rifai, ketika dihubungi AFP pada hari Selasa.

Kejadian itu berlaku pada hari Rabu lalu dan polis menahan isteri manakala suami itu diserahkan kepada ahli keluarganya.

Video dimuat naik di Twitter sehingga kini mencecah 1.3 juta tontonan dari netizen.