Padah ceroboh zon larangan

Bot nelayan tempatan ditahan selepas didapati menangkap ikan di zon larangan di perairan negara berhampiran Bagan Datuk semalam.
Bot nelayan tempatan ditahan selepas didapati menangkap ikan di zon larangan di perairan negara berhampiran Bagan Datuk semalam.
A
A
A

LUMUT - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menahan sebuah bot nelayan yang didapati melakukan kegiatan penangkapan ikan di zon larangan kira-kira 3.5 batu nautika dari muara Bagan Datuk semalam.

Pengarah Maritim Perak, Shahrizan Raman berkata, pemeriksaan bot itu berjaya menahan dua lelaki iaitu tekong warga tempatan dan awak-awak warga Indonesia masing-masing berusia 33 dan 40 tahun.

“Tangkapan dilakukan pada jam 6.30 petang selepas pemeriksaan mendapati awak-awak berkenaan tidak mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah.

“Bot bersama kedua-dua tahanan kemudiannya diiring ke Pusat Tahanan Vesel untuk siasatan mengikut Akta Perikanan 1985 kerana menangkap ikan di zon larangan tanpa kebenaran Ketua Pengarah Perikanan Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, warga Indonesia disiasat di bawah Akta Imigresen 1959/63 kerana tiada dokumen pengenalan diri.

Shahrizan berkata, orang ramai boleh menyalurkan maklumat berkaitan kegiatan mencuri hasil laut dengan menghubungi Pusat Operasi Maritim Perak di talian 05-6838737 atau MERS 999 untuk sebarang kes kecemasan di laut.

Artikel Berkaitan: