Lamar teman lelaki dengan geran rumah, kunci BMW

Kunci BMW tersebut diselitkan dalam jambangan bunga yang diberikan kepada kekasihnya. - Foto: Paparan skrin Weibo
Kunci BMW tersebut diselitkan dalam jambangan bunga yang diberikan kepada kekasihnya. - Foto: Paparan skrin Weibo
A
A
A

BEIJING - Seorang wanita di China menjadi 'buah mulut' di media sosial gara-gara dia melamar teman lelakinya dengan geran rumah dan kunci BMW.

Lamaran romantik itu dilakukan ketika sambutan ulang tahun pertama hubungan pasangan itu pada 11 Disember lalu di sebuah pameran kebudayaan di Henan.

Xiaojing, 24, pada mulanya merancang untuk melamar kekasihnya, Xiaoke di lokasi sama di mana lelaki itu pertama kali mengajaknya keluar.

Pada hari tersebut, wanita itu meminta Xiaoke mengambil barang di dewan pameran yang telah dihias dengan belon.

"Saya sediakan semua ini. Ini adalah kereta dan geran rumah. Saya tidak kisah jika anda tidak ada semua ini. Saya masih mahu bersama anda. Sudikah mengahwini saya?" kata Xiaojing yang turut memakai gaun pengantin sambil menyerahkan jambangan bunga kepada kekasihnya.

"Ini sesuatu yang saya tak jangka. Ya, saya sudi," kata Xiaoke dalam keadaan masih terkejut.

Ketika menjelaskan tentang keputusan untuk melamar teman lelakinya, Xiaojing yang bekerja dalam bidang rekaan berkata, kekasihnya banyak berkorban untuk dirinya dan dia sanggup melakukan semua itu demi Xiaoke.

Difahamkan, keluarga wanita itu membantunya membuat persiapan lamaran itu termasuk menaja rumah dan kereta BMW terbabit.

Artikel Berkaitan:

Menurutnya, wang bukan perkara yang penting kepadanya.

"Apa yang saya mahukan hanya rasa cinta. Saya tidak rasa orang lelaki perlu sediakan segala-galanya (rumah dan kereta) dalam perhubungan. Saya mahu dia memberi tumpuan dan menjaga perkahwinan kami," ujar Xiaojing lagi. - Agensi