Dungun, Hulu Terengganu kembali dilanda bah

Keadaan banjir gelombang pertama yang berlaku di daerah Marang. - Foto: APM
Keadaan banjir gelombang pertama yang berlaku di daerah Marang. - Foto: APM
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Dua daerah di Terengganu iaitu Dungun dan Hulu Terengganu kembali dinaiki air jam 6 petang tadi dengan jumlah dipindahkan seramai 78 mangsa.

Ketua Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana negeri, Lt Kol (PA) Che Adam A Rahman berkata, sehingga jam 8 malam tadi sebanyak tiga pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka iaitu dua di Dungun dan sebuah di Hulu Terengganu.

"PPS Dungun melibatkan Dewan Orang Ramai Kampung Minda dan Surau Kampung Besol Lama menempatkan seramai 54 mangsa daripada 19 buah keluarga.

"Manakala sebuah PPS di Kampung Menerong, Hulu Terengganu menempatkan seramai 24 mangsa daripada enam keluarga," katanya.

Banjir gelombang keempat di Terengganu diramal berlaku hujung bulan ini dengan empat daerah iaitu Dungun, Hulu Terengganu, Besut dan Setiu diramal akan terjejas.

Gelombang pertama banjir berlaku di Hulu Terengganu pada pada 13 hingga 14 November lalu melibatkan 33 mangsa dari Kampung Cheting.

Fasa kedua pula berlaku di daerah Marang pada 22 hingga 23 November (35 mangsa) dan daerah Kemaman pada 22 hingga 24 November (304 mangsa).

Manakala fasa atau gelombang ketiga banjir di Terengganu telah bermula pada 29 November lalu dan berakhir pada 7 Disember dengan catatan jumlah mangsa paling tinggi seramai 6,028 pada 2 Disember.

Artikel Berkaitan: