PM Britain boikot Forum Ekonomi Dunia 2020

Johnson melarang menteri Kabinetnya menghadiri WEF di Davos tahun depan.
Johnson melarang menteri Kabinetnya menghadiri WEF di Davos tahun depan.
A
A
A

LONDON - Perdana Menteri Britain, Boris Johnson melarang menteri Kabinetnya daripada menghadiri Forum Ekonomi Dunia (WEF) dari 21 hingga 24 Januari 2020 di Davos-Klosters, Switzerland.

Menurut sumber dari Downing Street, Johnson juga memboikot mesyuarat tahunan itu kerana mahu melaksanakan mandat membawa Britain keluar dari Kesatuan Eropah (EU) pada 31 Januari tahun depan.

“Johnson mahu memastikan United Kingdom berundur dari blok EU pada 31 Januari 2020, selain menguruskan Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan (NHS) yang beroperasi menerusi dana kerajaan.

“Jadi WEF bukan satu keutamaan kerana beliau sudah berjanji tidak terbang ke Davos jika menang pilihan raya Britain,” kata sumber tersebut.

Parti Konservatif pimpinan Johnson meraih kemenangan besar dengan melepasi jumlah 326 bagi majoriti mudah daripada keseluruhan 650 kerusi yang dipertandingkan di Dewan Rakyat.

Kemenangan itu membuka jalan kepada Johnson untuk melaksanakan Brexit secepat mungkin. - Agensi

Artikel Berkaitan: