Pemandu Myvi biru bebas dengan jaminan polis

Laporan Sinar Harian mengenai pemandu kereta Myvi yang membawa penumpang lelaki OKU dan melanggar beberapa kenderaan sebelum ditahan orang awam.
Laporan Sinar Harian mengenai pemandu kereta Myvi yang membawa penumpang lelaki OKU dan melanggar beberapa kenderaan sebelum ditahan orang awam.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Pemandu kereta Myvi biru yang ditahan selepas memandu secara berbahaya dan melanggar beberapa kenderaan di Jalan Pudu, Jumaat lalu dibebaskan dengan jaminan polis semalam.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohd Fahmi Visunathan Abdullah berkata, lelaki berusia 25 tahun itu dibebaskan selepas polis selesai mengambil keterangannya.

Menurutnya, lelaki tersebut yang juga penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sebelum ini direman empat hari.

"Siasatan sudah selesai, kes sudah dirujuk Timbalan Pendakwa Raya (DPP) dan kita sedang menunggu arahan hingga laporan patalogi diterima," katanya.

Bagaimanapun sehingga kini, seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) yang dikatakan menjadi mangsa samun masih belum tampil memberi keterangan atau membuat laporan polis.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan, pemandu Perodua Myvi biru yang didakwa menyamun OKU ditahan reman bagi membantu siasatan.

Mohd Fahmi berkata, hasil ujian saringan awal juga mendapati pemandu itu positif methamphetamine dan amphetamine.

Rakaman video suspek melarikan diri dengan kereta jenis Perodua Myvi berwarna biru dan melanggar beberapa kenderaan awam turut tular di media sosial.

Artikel Berkaitan:

ARTIKEL BERKAITAN: Pemandu Myvi biru dah kena tahan

Serah pada polis jalankan siasatan: Ketua Pengarah JPJ