Maher Zain jelajah empat negeri temu peminat

Maher Zain - Foto: Sarifuddin Abdul
Maher Zain - Foto: Sarifuddin Abdul
A
A
A

SELEPAS tiga tahun tidak bertemu peminatnya di Malaysia, pada tahun 2019 ini penyanyi antarabangsa, Maher Zain mengumumkan akan mengadakan konsert jelajah pertamanya di empat negeri di Malaysia.

Konsert jelajah tersebut akan dilakukan pada sepanjang bulan Mac ini iaitu di Kuala Lumpur pada 9 Mac, diikuti Johor (15), Pulau Pinang (16) dan akhir sekali di Sabah (17).

Menurut Maher, ini merupakan konsert yang sangat dinantikan kerana sudah lama tidak bertemu peminat di sini.

No Image Caption

“Peminat sering bertanya bilakah konsert Maher Zain akan diadakan di Malaysia? Jadi inilah masanya untuk saya bertemu dengan para peminat. Mereka boleh datang menyaksikan persembahan saya di empat negeri ini iaitu Kuala Lumpur, Johor, Pulau Pinang dan Sabah.

“Mungkin saya akan menyampaikan 20 buah lagu dalam konsert tersebut. Insya-ALLAH.

“Untuk maklumat lanjut mengenai konsert tersebut, akan dimaklumkan di media sosial,” jelas Maher melalui program FB Live Sinar Harian, sebentar tadi.

Penyanyi ini juga turut memberitahu bahawa akan muncul dengan dua buah single terbaharu dan akan dilancarkan sebelum konsert.

Artikel Berkaitan:

“Lagu-lagu saya banyak memberi mesej tentang Islam. Muzik merupakan antara medium yang bagus untuk menyampaikan mesej-mesej ini dan sekali gus diharapkan dapat mengubah perspektif terutama pandangan masyarakat Barat terhadap Islam.

“Ada yang telah bertemu saya dan mereka menghargai apa yang kami lakukan dan mendapat perspektif yang lebih jelas tentang Islam,” ujarnya.

Selain Malaysia, Maher akan turut mengadakan konsert di beberapa negara antaranya Indonesia, Kanada, Australia, USA, Itali dan banyak lagi.