Laporan psikiatri wanita didakwa bunuh bayi belum lengkap

Nor Aisyah Mohd Yunus, 37, dan Noor Aisyah Ibrahim, 33, dihadapkan ke Mahkamah Majistret Putrajaya 15 November lalu atas kesalahan membunuh Muhammad Alfateh Hamdi, 23 bulan.
Nor Aisyah Mohd Yunus, 37, dan Noor Aisyah Ibrahim, 33, dihadapkan ke Mahkamah Majistret Putrajaya 15 November lalu atas kesalahan membunuh Muhammad Alfateh Hamdi, 23 bulan.
A
A
A

PUTRAJAYA - Mahkamah Majistret Putrajaya menetapkan 13 Januari depan sebagai sebutan semula bagi laporan kesihatan mental seorang pegawai Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) yang didakwa membunuh bayinya.

Tarikh itu ditetapkan oleh Majistret, Shah Wira Abdul Halim hari ini selepas dimaklumkan laporan psikiatri tertuduh, Nor Aisyah Mohd Yunus dan rakan serumahnya yang turut dituduh bersama-sama, Noor Aisyah Ibrahim.

Pada 15 November lalu, Nor Aisyah, 37, yang merupakan ibu kepada Muhammad Alfateh Hamdi didakwa bersama-sama Noor Aisyah, 33, membunuh bayi berkenaan yang berusia 23 bulan di sebuah rumah di Fasa 5R4, Presint 5, Putrajaya.

Kesalahan itu didakwa dilakukan antara pertengahan September hingga 4 November lalu.

Pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati.

Prosiding itu dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Zulaaikha Mohd Apandi manakala Nor Aisyah diwakili peguam Najib Zakaria.

Peguam Hamdan Hamzah yang mewakili Noor Aisyah ketika ditemui pemberita berkata, kedua-dua tertuduh masih ditahan di Hospital Bahagia Ulu Kinta, Perak.

"Tertuduh tidak dibawa ke mahkamah hari ini kerana laporan psikiatri masih belum tersedia.

Artikel Berkaitan:

"Mereka masih ditahan di sana sehingga laporan tersebut selesai," katanya.

Sebelum ini media melaporkan bayi lelaki berkenaan dibawa kedua ibu bapanya ke Hospital Serdang dengan 89 kesan lebam, lecur, luka, calar lama dan baru di seluruh badan.

Susulan itu, ibu dan bapa mangsa ditahan di pekarangan hospital berkenaan pada keesokan harinya bagi membantu siasatan.

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita, rakan didakwa bunuh bayi

Bayi mati dengan 89 kesan dera di badan