Masih ada peniaga, perokok ingkar arahan

Tuan Jah (dua, kiri) turut bersama pegawai penguat kuasa menyampaikan papan tanda larangan merokok kepada pengusaha premis makanan di Tanah Merah.
Tuan Jah (dua, kiri) turut bersama pegawai penguat kuasa menyampaikan papan tanda larangan merokok kepada pengusaha premis makanan di Tanah Merah.
A
A
A

TANAH MERAH- Masih ada pengusaha restoran dan perokok yang tidak mematuhi arahan larangan merokok di daerah ini dan setakat ini 140 notis peringatan telah dikeluarkan kepada pihak terlibat sehingga kelmarin.

Pegawai Kesihatan Daerah Tanah Merah, Tuan Jah Tuan Soh berkata, setakat ini pihaknya hanya mengeluarkan notis peringatan kepada pihak yang terlibat.

"Namun masyarakat tidak harus pandang ringan dan mengambil perhatian, kerana jika mereka masih ingkar bermula 1 Julai ini, individu yang merokok di kawasan larangan akan dikenakan denda RM10,000 atau penjara tidak lebih dua tahun.

"Manakala pemilik premis yang tidak mempamerkan larangan merokok akan dikenakan tindakan denda maksimum RM3,000 atau penjara tidak lebih enam bulan," katanya.

Tuan Jah ditemui selepas menyertai penguatkuasaan dan pemeriksaan di beberapa restoran bersama pegawai kesihatan di kawasan Tanah Merah di sini hari ini.

Dalam pemeriksaan itu, beliau turut menyampaikan risalah kepada orang ramai mengenai larangan merokok di kawasan awam.

Artikel Berkaitan: