X

Kindly register in order to view this article
!

Khamis | 07 Julai 2022

Amaran hujan lebat di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Sabah

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran cuaca waspada dengan jangkaan hujan lebat berlarutan di seluruh Kelantan, Terengganu hari ini sehingga esok.
A
A

KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran cuaca waspada dengan jangkaan hujan lebat berlarutan di seluruh Kelantan, Terengganu hari ini sehingga esok.

Turut mengalami cuaca yang sama dalam tempoh itu ialah beberapa daerah di Pahang dan Sabah.

MetMalaysia dalam kenyataan yang dikeluarkan pada 9.55 pagi ini memaklumkan daerah yang terlibat di Pahang ialah Jerantut, Kuantan dan Pekan.

Di Sabah pula hujan lebat dijangka berlaku di kawasan pantai barat (Ranau dan Kota Belud), Sandakan, Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Kudat. - Bernama


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!