X

Kindly register in order to view this article
!

Ahli politik perlu memberi fokus kepada aspek kemakmuran

A
A

SHAH ALAM - Tempoh berpolitik sebenarnya sudah berlalu selepas berakhir Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) dan dan kini ahli politik perlu memberi fokus kepada aspek kemakmuran rakyat.

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Akhramsyah Muammar Ubaidah Sanusi berkata, keadaan politik negara tidak akan berubah tahun depan jika masih tiada kesedaran.

"Malangnya pada hemat saya keadaan politik negara tahun depan dijangka masih lagi sama. Majoriti ahli politik terlalu banyak berpolitik dan dan ltuduh menuduh di antara satu sama lain.

"Ada di antara mereka turut mempersoalkan kuasa mengenai jatuh bangunnya pemimpin dan jatuh bangun kerajaan. Keadaan itu tidak sepatutnya berlaku sebaliknya mereka perlu memimpin dan membawa kemakmuran kepada rakyat," katanya di sini hari ini.

Akhramsyah berkata, prinsip utama dalam kejayaan politik adalah untuk kemakmuran rakyat dan bukan perebutan kuasa.

Sementara itu, pemimpin kanan Amanah Datuk Dr Hasanuddin Mohd Yunus juga mahu ahli politik di negara ini memberikan fokus terhadap kerja masing masing.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Hulu Langat berharap keadaan politik dan ekonomi negara pada 2020 akan mengalami perubahan lebih positif berbanding tahun ini.

"Walaupun ekonomi dunia tidak memberangsangkan namun Malaysia akan mampu bertahan terutama selepas pembentangan bajet kerana pelabur dari luar masih berminat dengan Malaysia.

"Saya sangat mengharapkan semua ahli Kabinet memberikan fokus terhadap kerja masing-masing dan tidak melayan permainan politik pengikut atau lawan politik," katanya.

Beliau berkata, pemimpin dari kerajaan Pakatan Harapan (PH) juga perlu disibukkan dengan urusan rakyat dan bukannya urusan peribadi.

"Usaha untuk menambah bibit-bibit kasih dan sayang kepada istana juga akan ditingkatkan. Kita mahu orang Melayu menyayangi Raja. Kita juga mahu masyarakat bukan Melayu dan bukan Islam juga sayang kepada Raja-raja Melayu.

"Ini sesuatu yang perlu diusahakan dan semua pihak kena menunjukkan contoh terbaik. Ia tidak akan berlaku secara paksa dan kita tidak mahu ia berlaku berpanjangan secara berpura-pura.

"Saya akan pastikan keadaan ini akan berjaya dengan pelbagai pendekatan bijak yang akan diambil dari semua pihak sebagai satu harapan untuk dilaksanakan pada tahun 2020," katanya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!