X

Kindly register in order to view this article
!

Bayern Munich tak sabar jumpa Chelsea

Neuer tidak mahu pemain Bayern mengambil mudah cabaran pemain muda Chelsea selepas diundi menentang kelab Inggeris itu pada Pusingan 16 Liga juara-Juara.
A
A

BAYERN Munich bertekad menebus dendam tujuh tahun lalu terhadap Chelsea apabila kedua-kedua kelab itu dipertemukan pada peringkat Pusingan 16 Liga Juara-Juara.

Penjaga gol Bayern, Manuel Neuer berkata, beliau meminta para pemain Die Rotten tidak memandang mudah keupayaan barisan muda The Blues kendalian Frank Lampard.

“Ketika menonton pengundian Pusingan 16 Liga Juara-Juara, kami teringat lagi memori final Liga Juara-Juara 2012 di Munich bagaimana Bayern tewas kepada Chelsea pada masa itu.

“Kami mengambil pengajaran dari pengalaman itu biarpun Chelsea dibarisi para pemain muda musim ini kerana Bayern mahu mara lebih jauh kali ini,” katanya.

Undian Pusingan 16 Liga Juara-Juara di Nyon, Switzerland menyaksikan gergasi Bundesliga berkenaan bakal menentang naib juara Kumpulan H Chelsea.

Pada masa sama, penjaga gol utama Jerman berusia 33 tahun itu mahu para pemain Bayern menjadikan kegagalan di Allianz Arena ketika di bawah kendalian Jupp Heynckes sebagai motivasi untuk melakar kemenangan pada kali ini.

“Secara jujur kami tidak sabar untuk bertandang ke London bagi melunaskan dendam lama di Stamford Bridge,” katanya.

Pada saingan 2012, Chelsea yang ketika itu dibimbing pengendali Roberto di Matteo menewaskan Bayern Munich 4-3 menerusi penentuan penalti selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1 pada aksi di Munich.


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!